Isnin, 14 Januari 2013

MAKCIKKU...ALFATIHAH UNTUKMU



SINOPSIS :
 
" ALLAHUMMAGHFIR LAHA,WAR HAMHA,WA 'AFI HI WA'FU 'ANHA (3 KALI)...ALFATIHAH."

   Do'a inilah yang terkeluar dari mulut saya apabila sejurus saya tersedar dari tidur dan terus bingkas bangun,kali ini sudah masuk tiga kali saya bermimpikan arwah.Tapi almarhum bukanlah sering datang didalam mimpi tiap kali saya tidur.Arwah pernah hadir didalam mimpi saya pada akhir bulan november tahun lepas,kali kedua hadir lagi pada pertengahan bulan tahun lepas(15hb/12/12)dan terbaru pada awal bulan dan tahun ini(07hb/01/13)....termenung seketika memikir dan mengingatkan wajah arwah didalam mimpi...memandang saya seakan akan ada sesuatu agar saya dapat memahami dan menangkap hajat yang mahu diluahkan oleh arwah kepada saya....tapi,bila wajah arwah muncul didalam mimpi saya yang kedua kali dengan wajah sayu seakan akan dalam kesedihan didalam mimpi itu saya cuba menyentuh wajah arwah,tiba tiba sahaja arwah mengundur kebelakang sedikit seolah olah ada sesuatu dibelakang arwah menariknya kebelakang agar tangan yang saya hulurkan kewajah arwah itu tidak tercapai.Saya cuba memikirkannya beberapa kali apakah mesej yang ingin diberitahukannya kepada saya,kerana aneh juga...setiap kali arwah muncul didalam mimpi tiada satu pun kata kata yang keluar dari mulutnya,melainkan renungannya yang membuatkan saya selalu tertanya tanya kerana seperti ada sesuatu pesanan dan keperluan yang mahu saya berikan apa yang dimahukan oleh arwah....tapi arwah tetap berdiam diri.Setelah banyak berfikir tentang arwah didalam mimpi,pada 11hb/01/13(khamis) saya mengambil keputusan untuk menyertai majlis bacaan yasin dan do'a arwah beserta serba sedikit sumbangan sedekah dengan diniatkan diatas nama arwah,pada malam jumaat itu saya laksanakan kesemuanya selepas nama arwah saya senaraikan dalam daftar nama para arwah yang akan dido'kan oleh imam masjid(masjid kg.baru,KL)selepas majlis bacaan yasin.Selepas majlis selesai dan apa yang diniatkan buat arwah telah saya tunaikan dengan perasaan tawakkal..................

   Buat makluman para pembaca,ARWAH yang saya maksudkan diatas adalah makcik saya iaitu kakak kepada ibu saya.arwah telah meninggal dunia beberapa tahun yang lepas(saya tidak ingat tahun bila arwah meninggal dunia dan pada masa arwah meninggal pun saya berada di kuala lumpur).Ketika saya cuba mengingati semasa arwah masih hidup memang meruntun jiwa saya dibuatnya,lebih lebih lagi bila ingatan saya mengimbau kembali sikap kasih sayang arwah terhadap saya secara curi curi dari pandangan ibu saya.Paling saya tidak dapat lupakan setiap kali selesai solat berjemaah bersama suami dan anak anak arwah,arwah mengusap usap kepala saya dan kadang kadang mencium dahi saya(pada masa itu saya dengan adik saya sering datang kerumah arwah untuk menonton tv,setiap kali bila arwah bersama suami dan anak anaknya hendak solat isyatv dipadamkan sementara mereka selesai solat.saya dan adik saya setiap kali itulah duduk menunggu dibelakang mereka solat,arwah disaf paling belakang dan dibelakang arwahlah saya sering duduk dengan adik saya menunggu sehingga mereka selesai solat.apabila arwah selesai solat dan mendapati saya ada dibelakang arwah,arwah mengusap kepala saya dan mencium dahi saya.masa itu saya rasanya berumur dalam 10 tahun lebih kurang.Saya sentiasa mengingati hal ini sampai bila bila.).Kali terakhir saya berjumpa dengan arwah ketika anak lelakinya(adik sepupu saya bernama SABRAN) tidak silap saya masa itu tahun 2004,arwah dibawa oleh anaknya ketempat saya bekerja di bangunan SPK jalan sultan ismail.Sebelum sampai ketempat saya bekerja itupun saya sudah dimaklumkan terlebih dahulu oleh adik sepupu saya itu.Ketika arwah bertemu dengan saya,saya sedikit terkejut bila melihat keadaan bentuk dan saiz fizikal arwah.Saya terus pegang dan cium tangan serta kedua dua pipi arwah,arwah pula mencium dahi saya sambil berkata kepada saya (dalam bahasa sabah dialek daerah tawau) " ANDUK BAH ANAKKU SAYANGKU....MANA JAK KAU MING LAMA BETUL NDAK DIJUMPA,RINDU JUGAK BAH AKU SAMA KAU MING, AAAA...TEKAWIN SUDAH SI TIMAH NDAK JUGA KAU DATANG BAH NAK....ANDUUK,NDAK KAU RINDU SAMA KAMI NI MING?" menitis air mata saya ketika itu bila mendengar arwah berkata begitu.Pertemuan saya bersama saya pada masa itu memang meninggalkan kesan yang mendalam kepada saya.sebabnya itulah pertemuan yang kali terakhir buat saya bersama arwah....dan yang amat menyedihkan saya arwah terlalu kurus saya lihat berbanding yang saya lihat sebelum itu.Arwah semasa sihatnya mempunyai saiz badan seperti gambar arwah diatas.Saya rasa sedikit terkilan kerana pada hari raya haji tahun yang lepas(2012) saya gagal menziarahi pusara arwah ketika menziarahi pusara ayah saya,gagal bukan kerana tidak sampai dikawasan perkuburan tapi gagal mengesan kubur arwah didalam kawasan tanah perkuburan itu.Puas saya mencari dari satu kubur kesatu kubur yang lain dan hampir sejam ditanah perkuburan itu tapi gagal menjumpai kubur arwah,kubur sanak saudara yang lain saya jumpa tapi kubur arwah tidak dapat dikesan oleh saya.Walaupun begitu saya tetap mendo'akan dan menyedekahkan alfatihah buat arwah ketika itu.

  ...............Selepas saya membaca do'a seperti diatas tadi berulang ulang kali,barulah saya rasa lapang didalam dada seluas luasnya....tidak ada lagi badan saya berpeluh setiap kali saya terjaga bila mimpikan arwah,kali ini saya tersenyum sambil air mata gembira saya mengalir.Akhirnya saya dapat juga memahami dan memenuhi apa yang saya sangkakan bahawa apa yang dihajatkan dan diperlukan oleh arwah melalui renungan sayunya didalam mimpi saya selama ini.malam tadi arwah hadir lagi didalam mimpi saya(14hb/01/13) kali ini dengan wajah yang jauh berbeza dari mimpi mimpi yang lepas,kali ini wajah arwah nampak berseri dan seakan akan ada cahaya yang terpancar dari wajahnya....bibirnya pun terukir senyuman manis lebih manis dari senyuman didalam gambar arwah diatas.Tapi apa yang anehnya arwah tetap tidak berkata apa apa,melainkan renungan tajam dan senyuman manis dengan wajah yang berseri.Sekali lagi didalam mimpi itu saya cuba menghulurkan tangan kewajah arwah,tapi tiba tiba arwah mengundur kebelakang dengan sepantas juga arwah hilang dari pandangan.Mungkin itulah do'a yang telah termakbul dan sampainya pahala sedekah buat arwah.
MAKCIKKU....SEMOGA DIRIMU TENANG SELAMANYA DISANA. ALFATIHAH.

Zaid AtTawawi 2013

 

Sabtu, 10 November 2012

BANDAR TAWAU THE KING OF BULAT-BULAT

  Salam sejahtera dan salam sayang kepada para pembaca blog saya ini,saya sentiasa mendoakan anda semoga anda sentiasa dalam perlindungan Allah...dikasihi dan dirahmatinya selalu dimana jua anda berada.
 Apa pun saya ingin mohon maaf diatas kelemahan dan serba serbi kekurangan ruangan blog ini kerana sekian lama saya meninggalkannya diatas faktor keadaan yang tidak selalunya menyebelahi saya.Faktor utama saya itu biasalah dengan keadaan yang tidak mengizinkan untuk saya sentiasa berada dalam situasi terluang,kesibukan dengan hal hal lain terutamanya yang bersangkutan dengan hal terikat dengan kesibukan kerja,hal peribadi dan hal hal outstation yang kadangkala memerlukan saya terpaksa keluar dari tugas biasa.
  Pada ruangan kali ini saya ingin memulakan dengan cerita serta pengalaman saya untuk dikongsikan kepada anda mengenai beberapa peristiwa yang baru diketahui dan dirasakan baru baru ini sahaja(bulan november),walaupun perkara ini sudah lama berada disekitar kita bahkan sebelum saya dilahirkan didunia ini.Apa yang saya ingin  tanya pada anda adakah anda perasan atau terkesan sesuatu atau anda memang terperasan bila terserempak sesuatu yang memang setia berada dimana mana jika anda berjalan didalam bandar Tawau?jika anda anak tempatan daerah tawau dan memang dilahirkan didaerah tawau atau anda memang dilahirkan didalam bandar tawau,anda pasti akan bersua dan terserempak benda ini setiap hari.Atau jika anda datang dari luar bandar tawau serperti dari mana mana kampung disekitar bandar tawau dan anda gatal kaki untuk datang kebandar tawau,anda juga akan diserga dengan benda ini apabila anda mula memasuki pintu masuk kebandar tawau.
  Saya malaslah mahu pening peningkan kepala anda dengan persoalan seperti diatas,dibimbangi nanti anda diselubungi sindrom mengelilingi satu tawau untuk mendapatkan jawapan tentang BENDA yang saya maksudkan itu.Untuk dipendekkan ceritanya cuba anda lihat gambar dibawah ini,apa yang anda tahu dan kenal dengan BENDA ini?adakah ini kuih lempeng?ada satu dua bentuk tapi dia adalah benda yang sama juga,cuba lihat betul betul.....apakah dia yang selama ini yang menyebabkan saya sentiasa terSEREMPAK,diSERGA dan ter AWW! dengan benda ini.


  
  BINGGO....! sudah tentu anda sudah dapat menangkap apa yang saya maksudkan dengan BENDA diatas.Memang selama ini walaupun saya adalah anak tempatan didaerah tawau dan sering kebandar ini saya tidak pernah mengambil tahu dan ambil peduli BENDA ini,mungkin dulu semasa sentiasa berada didaerah ini belum pernah keluar berjalan jauh dari daerah tawau maka BENDA ini sudah jadi pemandangan biasa.Pada saya masa itu merasakan BENDA ini mungkin ada juga dimana mana daerah dan dibandar bandar diluar tawau atau juga dimana mana negeri dalam malaysia ini,mungkin itu yang saya fikirkan pada masa dulu.Tapi apabila saya keluar dari daerah tawau pergi kesemenanjung untuk melanjutkan pelajaran  dan seterusnya bekerja disana selama hampir 18 tahun,barulah terperasan akan BENDA ini.Disemenanjung terutamanya dibandar bandar besar setiap negeri amat sukar sebenarnya terserempak dengan BENDA ini,kalau ada pun ianya terletak ditengah tengah pusat bandar dan bersaiz besar,tujuannya untuk memudahkan pemandu masuk dan keluar kejalan jalan utama yang lain.Tetapi ditawau BENDA ini banyak berselerak dijalan jalan utama,dijalan empat simpang,tiga simpang,dijalan lorong simpang kecil,dijalan ketaman perumahan,dijalan masuk utama dan keluar kebandar,dilorong belakang blok bangunan perniagaan serta ada jaraknya dari BENDA ini tidak sampai 300 meter anda akan menjumpai lagi BENDA ini untuk memudahkan anda melencong dengan sesuka hatinya.....mahu belok kekanan,kekiri,berpusing pusing atau pusing U semuanya tiada masalah semuanya beres,sambil memegang pulut panggang dan sebelah lagi memegang stereng dan ketawa ketawa kerana boleh berpusing,membelok dan pusing-U dengan mudahnya....janji ini jalan macam ana yang punya,begitulah unik dan sadisnya BENDA ini diatas jalan bandar tawau hi hi hi.
  Oh ya lupa pula mahu memberitahu akan benda ini,inilah jalan BULATAN yang ada banyak dibandar tawau,mungkin terlalu lama dan sudah biasa dengan keadaan jalan jalan diluar dari daerah ini jadi asalkan saja saya pulang kekampung untuk bercuti kekampung (anak jati kampung merotai ni kawan2 oooii...)saya pasti akan rasa kekok dan terjanggal sedikit dan sering terperasan dengan jalan bulatan ini dibandar tawau.Apa yang melucukan saya setiap kali menaiki bas untuk kebandar tawau didalam kepala saya sudah ELERT dengan jalan bulatan ini apabila bas mula masuk kebandar tawau.
  Inilah sebenarnya keunikan  yang ada ditawau yang orang tawau sendiri sebahagiannya tidak mengetahui akan keunikan utama tawau ini.Saya banyak bertanya pada orang orang tertentu ditawau,baik yang datang dari sekitar tawau atau yang dilahirkan didalam bandar itu sendiri tentang keunikan ada ditawau,ramai dan rata rata yang memberitahu saya KEROPOK AMPLANG yang unik ditawau.Ada juga yang kata NASI KUNING,GOGOS(pulut panggang),BAHASA TAWAU,SUKU KAUM DITAWAU dan banyak lagilah sampaikan fenomena aksi kejar mengejar antara penguatkuasa MPT dengan penjajah haram berhampiran terminal bas tawau(dekat sekitar bangunan MARA) pun dikatakan salah satu termasuk keunikan yang ada ditawau sekarang (macam2 sak cerita orang tawau ni bah... :-P).Apa yang saya cuba kongsikan pada anda(terutamanya pada orang tawau)inilah keunikan sebenarnya yang ada pada tawau malah inilah juga imej yang ada pada daerah khususnya bandar tawau yang masyarakat tawau tidak menyedarinya sekian lama.Saya cuba mengingat dan membandingkan dengan daerah daerah lain yang ada disabah ataupun disemua negeri yang ada disemenanjung,memang pasti anda tidak akan jumpa jalan bulatan ditempat mereka sebanyak yang ada dibandar tawau,bukan jumlahnya saja yang banyak itu tiada ditempat lain bahkan kedudukannya yang unik ada dimerata tempat,saiz dan bentuknya bermacam macam bentuk,bagi pemandu yang sukakan kebebasan membelok,bertawaf(berpusing pusing),masuk kekanan dan kekiri sesuka hati malahan membuat pusingan U pun tiada masalah.Tapi hanya anda diberikan sedikit amaran perbuatan diatas hanya boleh dilakukan pada masa buka sibuk seperti waktu orang mahu masuk kerja atau masa puncak orang tawau mahu pulang rumah dari habis bekerja.
 Dibawah ini saya paparkan serba sedikit gambar yang sempat saya rakamkan untuk tatapan anda.Gambar ini saya rakamkan setiap kali saya terserempak dan ter..AWW! dalam masa perjalan saya disekitar tawau atas urusan lain. 
Bulatan jalan Pesisiran(berhampiran tepi laut)

Bulatan jalan Dunlop(berhampiran pasar tanjung)
Bulatan jalan mahkamah
   
Bulatan jalan Sabindo(berhampiran plaza Sabindo)


Bulatan jalan Perbandaran



Bulatan off jalan mahkamah(brhampiran KingPark Hotel)



Bulatan off jalan Mahkamah(brhampiran pasar raya The Stor)


Bulatan off jalan Stephen Tan (brhampiran pasar raya Parkwel)
Bulatan jalan Chester-1

Bulatan jalan chester-2
 

Bulatan jalan tengah dalam kawasan bandar lama Sabindo
Bulatan off jalan chester(berhampiran KFC)
Bulatan mini lorong belakang blok bangunan perniagaan dari jalan bulatan jalan chester
Bulatan Kg.Titingan(brhampiran masjid AlKauthar-ini kira bapak segala bulatan dlm tawau)
Papan Tanda kedudukan Bulatan Kg.Titingan
   ......Dan banyak lagi jalan bulatan yang berselerak didalam bandar tawau ini yang tidak dapat  dipaparkan disini yang sememangnya terlalu banyak.Berikut disini juga saya ada catitkan sedikit senarai kedudukan jalan bulatan yang dapat saya kesan sepanjang sehari suntuk MERAYAU dan meninjau BENDA-BENDA yang menter-AWW! saya selama ini.Selamat berkunjung kepada anda yang datang dari luar daerah tawau.Jangan lupa bila anda berkunjung ke bandar tawau sediakan minyak angin kerana dibandar tawau banyak BENDA BULAT-BULAT diatas jalan,bimbang nanti anda terkena kepala berpusing dan ini menyebabkan pening kepala TAPIOKA. #Arios Amigos hi hi hi....
  1. Bulatan Utama jalan Utara Baru(berhampiran airport lama-emak segala bulatan).
  2. Bulatan jalan Utara(berhampiran selepas sekola agama Islamia).
  3. Bulatan jalan Dominic (ada 2 bulatan dalam jarak 200 meter antara kedua2 bulatan).
  4. Bulatan jalan Komleks Sukan Tawau(stadium tawau).
  5. Bulatan jalan Kuhara.  
#Dan banyak lagi segala bulatan yang ada dijalan bandar tawau.  


Zaid AtTawawi
 

Khamis, 16 Disember 2010

VirtaPay ........

VirtaPay .......

Salam dan Selamat Sejahtera...Anda pernah dengar pasal Paypal, Arletpay dll. Bagi sesiapa yang biasamenjalankan teranksaksi di internet sama ada mejual atau membeli onlinepasti tahu akannya. Satu sistem pembayaran online terbaru akan memasukipasaran tidak lama lagi. Mereka mennamakan diri mereka sebagai VirtaPay! Kenapa VirtaPay?...Antara keistimewaan yang di tawarkan oleh VirtaPay: http://www.virtapay.com/r/jc16 Percuma $25 ke dalam akaun anda.

2.VirtaPay akan menambah sehingga $20 sehari ke dlm akaun anda untuk aktiviti yang anda sertai di sini sebagaimana persiapan VirtaPay untuk melancarkanperkihdmatan
baru.

3. Anda akan dapat $10 untuk setiap rakan yang menyertai VirtaPay melalui anda.

4. Anda menjadi peserta yang terawal—sebelum
VirtaPay di buka kapada awam.

5.Anda akan berpeluang menolong membangunkan satu sistem pembayaran online yang paling hebat dan bakal tercipta untuk semua pengguna internet seluruh dunia.

6.Anda berpeluang menjana beratus malahberibu wang dalam akaun anda bila Sistem
VirtaPay ini dilancarkansepenuhnya....tanpa membuat sebarang simpanan (tanpa modal)!

7. Dan banyak lagi...anda boleh
mengetahuinya secara lebih lanjut di sini.... http://www.virtapay.com/r/jc16 Rebutlah peluang ini sekarang! Jadilah yang terawal untuk menjana Wang yang lebih banyak!DAFTAR DI SINI! http://www.virtapay.com/r/jc16 Lihat seterusnya..Redirect www.virtapay.com 

 

# versi bahasa inggeris klik disini

 


 

Rabu, 15 Disember 2010

SpinSuccess Search Engine Submission




Generate Traffic & Sales to ANY Website

 With the immense significance that the Internet is gaining with each passing day and with the major population of people participating in this global onslaught, it is becoming even more necessary for any one, looking for prospects to market their products and services, to create an online presence. However, having the best products and the best services and an eye-catching website is not enough to attract attention. You need to be visible to the others if you want to be acknowledged by them. Search engine optimization, followed by effective submission of the same, is the way to go about it and reclaim your authority over the other contenders.

http://www.spinsuccess.com/affiliates/id/15514_1 

Obtaining an affiliate website is one thing, generating a consistent stream of traffic to your affiliate website another. This is where the most effective search engine submission services, like SpinSuccess, come into being, offering you their valuable services in generating unswerving traffic to help your business do better. With their untiring services, it will not be surprising if you tire counting all those bills that you make from your home. They excel in the industry of Internet marketing and as they like to put it, they “breathe, eat, and sleep search engine marketing”.



True, that more than 90% of all Internet users from around the globe find what they are looking for through the most popular search engines. And the ease with which they can access you is dependent on your indexing and the subsequent ranking in these search engines. More traffic means more sales and more sales means more profit! SpinSuccess applies this golden truth to their services and makes effort toward guaranteeing you among the top ten rankers in the search results so that it is a lot easier for your prospects to hunt you down.

http://www.spinsuccess.com/affiliates/id/15514_1 

SpinSuccess submits your affiliate website to the leading search engines such as Yahoo!, MSN and Google. Additionally, your site will be submitted to more than 100,000 other search engines, the submission to which will automatically generate millions upon millions of serious visitors to your website, without you having to spend any sleepless nights thinking over it. This way, your income as an affiliate website owner can very well surpass your otherwise fulltime job salary. Offered most humbly at only $29.95 for a limited period, the SpinSuccess package delivers you with services that are worth more than $700 (as par the industry standards).

Their infallible market analysis and research lets you know what will work the best in attracting you prospects to your website along with a complete reviewing of your website. Their services feature hand submission to the major websites named above and others. Guaranteeing your position in the top ten rankers of the search result page, SpinSuccess is known for over-delivering its customers in satisfaction and approval. Additionally, you get $200 worth pay-per-click funds also with assurance of replenishing it at times it is running low. Modifications at no additional expense ensure that your website maintains and improves the position all the way. With thousands of satisfied customers, it is now your turn to grab your share of pie!






for malaysia language version click here

Ahad, 28 November 2010

Al Marhum Ustaz Ashaari Muhammad (Dalam Kenangan)

Kelmarin masa berjalan jalan disekitar KL teringat pula plan dua hari lepas,kalau sempat MELILAU di KL rasanya mahu singgah di satu kedai buku yang terletak di jalan Tunku Abd.Rahman,kalau saya tak silap nama kedai buku itu KEDAI BUKU MINERVA yang sememangnya satu2nya kedai buku yang menjadi tumpuan utama warga kota ini.Buku buku yang dijual memang berkualiti serta harganya yang berpatutan,berbalik pada perjalanan saya pada pagi itu untuk kedai buku berkenaan secara kebetulan terserempak kawan lama yang juga kawan seNEGERI dan seDAERAH berhampiran kompleks SOGO(di jalan tunku abd.rahman juga.rasanya kami sudah lama tidak bersua lebih kurang 16 tahun,sejak saya merantau kesemenanjung atas tujuan belajar dan seterusnya bekerja di semenanjung ini.Oleh sebab terlalu lama tidak berjumpa dengannya saya terpaksa membatalkan tujuan saya ke kedai buku itu dan mengajak kawan juga sahabat saya itu kesebuah restoran berdekatan untuk meraihkannya.

Sambil kami menunggu minuman dan makanan yang kami pesan dari pelayan restoran lalu kami memulakan perbualan dengan cerita masa silam kami ketika bersama sama terlibat dalam sebuah kumpulan dakwah yang ketika itu pergerakan dakwah ini amat popular diawal tahun 90'an dikalangan para pelajar sekolah menengah dan student universiti.Kawan saya ini sememamngnya seorang yang aktif dalam pergerakan dakwah,baik semasa sekolah (sebagai pengerusi persatuan agama islam),menyertai ABIM,aktif dalam gerakan dakwah TABLIGH,dan menyertai pergerakan dakwah AL-ARQAM.saya menyertai pergerakan al-arqam bersama kawan saya ini selepas tamat SPM walaupun sebelum itu semasa dialam persekolahan saya sudah mengikutinya secara sambilan dan suka suka,sebabnya penyertaan saya dalam pergerakan dakwah al-arqam ini mendapat tentangan hebat dari keluarga saya yang tidak mahu saya mengikuti jejak kawan saya ini.Dipendekkan cerita....saya terjebak dengan pergerakan dakwah al-arqam ini apabila kawan saya ini sering mengajak saya setiap kali jika ada majlis2 kuliah,ceramah,aktiviti2 dakwah yang dijalankan oleh alarqam ini saya pasti akan diajak dan dibawa oleh rakan saya ini untuk mengikuti dan menyertainya.Sehinggalah pada suatu hari beberapa anggota al-arqam ini datang kesekolah kami atas tujuan menjual barang barang keluaran mereka sendiri sambil berdakwah.Kawan saya ini sanggup membeli sebuah buku ceramah dari pengasas al-arqam itu dan dihadiakannya kepada saya,"agar iman saya lebih mantap lagi," katanya kepada saya.Buku yang dimaksud ini adalah buku yang bertajuk IMAN DAN PERSOALAN dikarang dan diterbitakan oleh pertubuhan ini melalui ceramah ceramah pengasas al-arqam yang bernama Ustaz Ashaari muhammad pada awal tahun 1984.Buku ini memang laris dipasaran sehinggakan dijual sebanyak 500,000 naskah.Saya telah dan boleh dikatakan khatam dengan buku ini,kerana saya banyak kali mengulangi pembacaan buku ini tanpa rasa bosan.



PART 2


PART 3


PART 4


Apa pun saya memberi tahu pada kawan saya ini,saya telah lebih lama meninggalkan pergerakan dakwah al-arqam sebelum ianya diharamkan.atas sebab hilang keyakinan pada pergerakan dakwahnya yang semakin lama jauh menyimpang,perasaan taksub dan mendewa dewakan ustaz ashaari yang melampau dikalangan pengikutnya sehinggakan dikatakan ustaz ashaari itu adalah bakal imam mahdi di akhir zaman.gelaran ustaz ashaari pun semakin lama semakin ditambah tambah yang menunjukkan yang beliau itu adalah keturunan BANI TAMIM iaitu suatu keturunan yang bakal melahirkan IMAM MAHDI.

PART 5


Saya memberitahu kawan saya ini saya terpaksa menolaknya diatas sebab sebab pegangan dan keyakinan didalam al-arqam ketika itu keadaanya sudah jauh dari asas pegangan akidah al sunnah wal jamaah.Kawan lama saya ini juga memberitahu saya selepas beliau meninggalkan al-arqam beliau terus membawa dirinya kesemenanjung dan membuka lembaran kehidupan barunya.Alhamdulillah.....selepas kami selesai makan direstoran dia mengingatkan saya tentang solat agar jangan sama sekali saya tinggalkannya,dan beberapa pesan dan ingatan tentang kehidupan yang sedikit ini jika tiada amal dan takwa yang dibawa kehadapan allah kelak.....sebelum kami berpisah kami bersalaman dan berpelukan,air matanya dan air mata saya bergenang...atas sebab itulah saya mengikutinya kerana nasihat dan peringatannya sepertimana buku yang dihadiakannya kepada saya beberapa dekad yang lalu,IMAN DAN PERSOALAN.

PART 6



#sebagai mengenang kawan saya ini,saya paparkan ceramah al marhum al ustaz ashaari muhammad(meninggal dunia 13/05/10) yang bertajuk IMAN DAN PERSOALAN,yang telah diadaptasikan kedalam buku ceramah almarhum pada April.1984.

Zaid AtTawawi(tawau la bah tu.....)
28/11/10
tmn.melawati,
ulu klang,selangor.

Ahad, 21 November 2010

NUFFNANG (BLOG DAN PRODUK ANDA AKAN DILIHAT OLEH 3 JUTA PENGUNJUNG DALAM 100,000 BLOG SETIAP HARI)

PENGIKLANAN,BLOG,PRODUK,TEMPAHAN,BELIAN DAN APA SAHAJA,YANG PASTI IKLAN,BLOG DAN PRODUK ANDA AKAN DILIHAT OLEH 3 JUTA PENGUNJUNG DALAM 100,000 BLOG SETIAP HARI.APA TUNGGU LAGI SERTAILAH NUFFNANG.






Lihatlah bagaimana blog anda boleh menjana pendapatan secara sambilan oleh salah seorang blogger yang menyertai Nuffnang,bacalah blog beliau:

 http://puadede.com/v1/puadede-dan-duit-nuffnang/

Khamis, 28 Oktober 2010

TAWAU HOTLINE

Tawau Hot Line

Jabatan Perkhidmatan Bomba,
Balai Bomba, Jalan Kelapa,
91000 Tawau
Tel :089-772525, 089 774444,
Fax :089-777444

Balai Polis Daerah Tawau,
Jalan Tg. Batu,
91000 Tawau
Tel:089-752222, 089-772224

Jabatan Air
Tingkat Bawah, Wisma Pelabuhan
91000 Tawau
Tel :089-761037

Jabatan Penilaian Perkhidmatan Harta,
Tingkat 4, Wisma Persekutuan,
91000 Tawau.
Tel:089-779823,089-770185
Fax :089-770166

Jabatan Perhutanan,
Jln, Tg. Batu,
91000 Tawau
Tel:089-770711,089-761833
Fax:089-764004

Jabatan Perikanan,
Bandar Sabindo,
91000 Tawau
Tel:089-772060,089-772853
Fax:089-772304

Jabatan Perkhidmatan Haiwan & Perusahan Ternak,
Jln, Air Panas,
91000 Tawau
Tel:089-715052,089-718482

Jabatan Perkhidmatan Kajicuaca,
Stesen Kajicuaca, Jalan Utara,
91000 Tawau
Tel:089-772560,089-774844

Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am,
Tingkat 1, Wisma Pelabuhan,
91000 Tawau
Tel:089-770345,089-772132
Fax:089-770345

Pegawai Penguasa,
Taman Asuhan Kanak-kanak,
91000 Tawau
Tel:089-715944

Rumah Orang Tua, Air Panas,
91000 Tawau
Tel: 089-711250

Jabatan Penerangan,
Tingkat 2, Wisma Persekutuan
91000 Tawau
Tel:089-772873,089-772500

Jabatan Perpaduan
Tingkat 2, Wisma Persekutuan
91000 Tawau
Tel:089-777340

Jabatan Pendaftaran,
Tingkat Bawah, Wisma Persekutuan
91000 Tawau
Tel:089-757701,089-757702

Jabatan Pendidikan,
Tingkat 5, Wisma Persekutuan,
91000 Tawau
Tel:089-776478

Jabatan Pengairan & Saliran
Jalan Bengkel MPT,
91000 Tawau
Tel:089-775327

Jabatan Pengangkutan Jalan,
Bangunan J.P.J, Jln Tg. Osman,
91000 Tawau
Tel:089-772811,089-772489,089-777801

Jabatan Perangkaan,
Tingkat 6, Wisma Persekutuan,
Jln. Dunlop,
91000 Tawau
Tel:089-772177

Majlis Amanah Rakyat,
(MARA), Tingkat 4, Bangunan MARA,
91000 Tawau
Tel:089-772608

Jabatan Pertahanan Awam,Tingkat 2, Wisma Persekutuan,
91000 Tawau.
Tel: 089-772225
Jabtan Pertanian,
Jalan Kuhara, Peti Surat 775,
91000 Tawau.
Tel:089-772657,089-775842,089-772206
Fax:089-770810

Hospital Besar Tawau,
91000 Tawau
Tel:089-773533,089-773534
Fax:089-778626

Jabatan Tanah dan Ukur,
Jalan Tg. Batu, 91000 Tawau
Tel:089-776168,089-774711,089-772663

Jabatan Tenaga Rakyat
Tingkat 1, Wisma Persekutuan,
91000 Tawau
Tel:089-776352

Jabatan Penjara, 089-712509
Jln. Air Panas,
91000 Tawau
Tel :089-711564

Jbt. Perancang Bandar & Wilayah,
Tingkat 2, Wisma Pelabuhan,
Jln Dunlop,
91000 Tawau
Tel :089-761640,089-761641

Angkatan Tentera,
Rejemen Askar Melayu DiRaja,
Kem Kukusan Tawau
Tel:089-771111,089-772111

KD. Sri Tawau
Jln. Tg. Batu,
91000 Tawau
Tel :089-772857

Jabatan Akauntan Negara,
Tingkat 4, Wisma Persekutuan
91000 Tawau
Tel:089-765967, 089-773688, 089-775621, 089-775620

Jabatan Audit Cawangan Tawau,
Tingkat 4,Wisma Persekutua,
91000 Tawau.
Tel:089-774217

Jabatan Buruh,
Tingkat 2, Wisma Persekutuan
91000 Tawau
Tel:089-773411, 089-772610

Badan Pencegah Rasuah,
Cawangan Tawau,
Tingkat 6, Wisma Perseketuan,
91000 Tawau
Tel:089-772743

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Kompleks Fajar, Blok 35,
91000 Tawau
Tel:089-779740,089-776452
Fax:089-762051

Lembaga Hasil Dalam Negeri,
Wisma Mercu Wawasan,
1 1/5 Jalan Kuhara, Beg Berkunci No.44,
91009 Tawau
Tel:089-777177,089-777141
Fax:089-776390

Lembaga Pelabuhan & Dermaga
Kompleks Perikanan SAFMA
91000 Tawau
Tel:089-773510,089-772672

Lembaga Leterik Sabah,
Jalan Kuhara,
91000 Tawau
Tel:089-713441,,089-715561,089-714020
Fax:089-713919

Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia,
Tingkat 2, Lot 5, Blok 36, Fajar Kompleks,
91000 Tawau
Tel:089-765753
Fax:089-779711

Lembaga Kumpulan Wang Perpindahaan Malaysia,
Tb. 240, Jln Majid, Bangunan Daud Wong,
91000 Tawau
Tel:089-772705
Fax:089-765317

Lembaga Urusan Tabung Haji
No.172, Tkt 1, Jln Berlian,
91000 Tawau
Tel:089-770985

Jabatan Hidupan Liar
Tingkat 34
Bangunan D.S
91000 Tawau
Tel:089-763139

Jabatan Imigerisen
Tingkat 1, Wisma Persekutuan
91000 Tawau
Tel:089-772167,089-773343,089-774944

Jabatan Kastam & Eksais Diraja Malaysia,
Bangunan Kastam, Jalan Dunlop ,
91000 Tawau
Tel:089-775805,089-772496,089-763609
Jabatan Kerja Raya,
Bangunan J.K.R, Jln Apas,
Bt. 4,
91000 Tawau
Tel:089-91666
Fax089-912666

Cawangan Khas,
Balai Polis, Air Panas,
Jln, Sin Onn,
91000 Tawau
Tel:089-712222
Fax:089-711626

Jabatan. Kehakiman,
Bangunan Mahkamah,
Jln Dunlop Tawau
Tel:089-772413,089-778254

Jabatan Perkhidmatan Komputer
Tkt. 4, Bangunan M.P.T
91000 Tawau
Tel:089-779073,089-778478

Jabatan Pembangunan Persekutuan Sabah
Tkt. 1, Bangunan Pejabat Pos,
Tawau
Tel:089-762194,089-762473

Jabatan Kesihatan,
Tingkat 7, Wisma Perseketuan
Tawau.
Tel:089-775916,089-775733,089-776079

Malaysia Airline System
Kompleks Fajar,
91000 Tawau
Tel:089-772939,089-776367
Fax:089-763191
Bernas,
KM 5.5 Jln. Apas,
Peti Surat 794,
91008 Tawau
Tel:089-911017,089-912589
Fax:089-912952

Ketua Daerah,Mahkamah Anak Negeri,
Tingkat 2, Bangunan Majlis Perbandaran Tawau,
91000 Tawau.
Tel:089-772436,089-772379

Perpustakaan Wilayah Tawau,
Peti Surat 775,
91005 Tawau
Tel:089-760632

Sykt. Pos Malaysia Bhd.
Bangunan Pos Malaysia,
91000 Tawau
Tel : 089-776060

Sykt. Telekom Malaysia,
Kompleks Fajar, TB. 307,
91000 Tawau
Tel:089-779292,089-764338,089-773344
Fax:089-761600

Yayasan Sabah,
Tingkat 5, Bangunan UMNO
91000 Tawau
Tel:089-772939,089-776367
Fax:089-763191

Lembaga Tabung Getah,
Jalan Kuhara,
91000 Tawau
Tel:089-772662

Lembaga Perlabuhan- pelabuhan Sabah,
Wisma Pelabuhan, Tingkat 4, Jalan Dunlop,
91000 Tawau
Tel:089-772852,089-773700,089-771845
Fax:089-761808

Lembaga Kemajuan, Tanah Persektuan (Felda)
Kompleks Fajar, Blok 34,
34, Jalan Perbandaran,
91000 Tawau.
Tel:089-778177

Sabtu, 16 Oktober 2010

Pelbagai sumber rujukan untuk perniagaan,pendidikan,kursus,dan bermacam2 lagi apa yg anda minat.Semuanya untuk anda.

Agensi Pelancongan (121)
Aksesori Kereta (61)
Barang Elektrik Dan Elektronik (94)
Bas Teksi Kereta Sewa (43)
Bengkel Kereta (143)
Bengkel Motosikal (44)
Bisnes Air Mineral (53)
Bisnes Ais Krim (39)
Bisnes Broadband (66)
Bisnes Burger (27)
Bisnes Cuci Kereta (114)
Bisnes Cyber Cafe (95)
Bisnes Dobi (404)
Bisnes Ebook (120)
Bisnes Handphone (70)
Bisnes Ice Blended (67)
Bisnes Jam Tangan (25)
Bisnes Jeruk (11)
Bisnes Katalog Dan Dropship (105)
Bisnes Kayu (51)
Bisnes Kurier (46)
Bisnes Minuman (111)
Bisnes Pasar Malam (305)
Bisnes Prepaid Dan Reload (80)
Bisnes Restoran (297)
Bisnes Roti Dan Bakeri (63)
Bisnes Sarang Burung (30)
Bisnes Sms (46)
Bisnes Spa Dan Facial (60)
Bisnes Steamboat (23)
Bisnes Tadika Dan Taska (101)
Bisnes Tradisional (140)
Bisnes Tshirt Dan Uniform (285)
Bisnes Tuisyen Dan Latihan (78)
Bisnes Untuk Dijual (236)
Bisnes Waffle Dan Jagung (30)
Butik Ibu Dan Bayi (98)
Butik Kanak Kanak (106)
Butik Lelaki (41)
Butik Wanita (385)
Dapur Dan Bilik Tidur (64)
Dewasa 18sx (125)
Forex Malaysia (72)
Hiasan Dalaman Dan Taman (128)
Hotel & Resort (53)
Iklan Tv Radio Media Cetak (17)
Import Dan Eksport (41)
Ingin Berniaga (448)
Insurans Roadtax Kereta (18)
Insurans & Takaful (83)
Jawatan Kosong (349)
Jualan Garaj (5)
Kad Kredit (18)
Kedai Buku Dan Majalah (60)
Kedai Bundle (66)
Kedai Bunga (17)
Kedai Cenderahati Dan Kraf (171)
Kedai Cermin Mata (17)
Kedai Emas (56)
Kedai Fotostat & Cetakan (213)
Kedai Gambar (28)
Kedai Hardware Dan Plastik (107)
Kedai Jahit (229)
Kedai Kasut Dan Sandal (91)
Kedai Komputer (114)
Kedai Papan Tanda Iklan (39)
Kedai Runcit Dan Serbaneka (62)
Kedai Sewa (170)
Kedai Sukan (117)
Kedai Tayar (13)
Kereta Baru (19)
Kereta Terpakai (134)
Khemah Dan Kanopi (33)
Kiosk, Expo, Tapak Berniaga (581)
Konsultan Kewangan (41)
Konsultan Perniagaan (61)
Kontrak Swasta (44)
Kontrak Tender Kerajaan (72)
Kontraktor Pasir (20)
Kontraktor Pembinaan (183)
Kursus Dan Resepi Makanan (63)
Kursus Dan Seminar (256)
Kursus Kecantikan (53)
Kursus Motivasi (29)
Ladang Getah Kelapa Sawit (64)
Lampin Pakai Buang (61)
Lori Sewa (91)
Mencari Pelabur (576)
Mesin Proses Makanan (59)
Model, Penyanyi, Pelakon (51)
Pasar Basah (118)
Pekerja Asing (51)
Pembantu Rumah Asing (50)
Pembekal Barang Runcit (219)
Pembekal Buah-buahan (24)
Pembekal Kelapa Dan Santan (27)
Pembekal Kerepek (95)
Pembekal Keropok (30)
Pembekal Mee Dan Bihun (10)
Pembekal Minyak Masak (27)
Pembekal Nasi Lemak (25)
Pembekal Serunding (47)
Pembekal Telur (10)
Pemborong Aksesori Wanita (173)
Pemborong Batik Dan Sutera (68)
Pemborong Beg Tangan (60)
Pemborong Cadar Selimut (32)
Pemborong Pakaian Bayi (70)
Pemborong Pakaian Kanak2 (200)
Pemborong Pakaian Lelaki (160)
Pemborong Pakaian Wanita (432)
Pemborong Telekung (44)
Pemborong Tuala (15)
Pemborong Tudung (233)
Pendaftaran Syarikat (30)
Pendaftaran Trademark (3)
Pendidikan Tinggi (17)
Pengedar Alat Tulis (191)
Pengedar Perfume (208)
Pengedar Produk Kecantikan (180)
Pengedar Produk Kesihatan (166)
Pengurus Majlis (64)
Penternak Ayam (77)
Penternak Cacing (17)
Penternak Ikan (115)
Penternak Kambing (18)
Penternak Lembu (38)
Penternak Udang (15)
Peralatan Makmal (14)
Peralatan Pejabat (86)
Perisian Komputer (67)
Permainan Kanak Kanak (46)
Pertanyaan Bisnes (164)
Pinjaman Hartanah (13)
Pinjaman Peribadi (387)
Pinjaman Perniagaan (118)
Produk Dari China (64)
Produk Sejuk Beku (91)
Rancangan Perniagaan (110)
Rumah Sewa (77)
Rumah Untuk Dijual (132)
Sabun Dan Bahan Pencuci (36)
Salun Rambut (31)
Sekolah Memandu (9)
Servis Freelance (58)
Servis Keselamatan (19)
Servis Pembersihan (40)
Servis Perkahwinan (132)
Setiausaha Syarikat (35)
Skim Cepat Kaya (36)
Stesen Minyak (66)
Studio Muzik (12)
Sukan Futsal (57)
Sukan Paintball (7)
Tanah Untuk Dijual (246)
Tawaran Consignment (105)
Tempahan Biskut Dan Tart (98)
Tempahan Hamper (26)
Tempahan Katering (135)
Tempahan Kek Dan Muffin (126)
Tempahan Kuih Muih (233)
Terminal Bayaran Bil (10)
Terminal Kad Kredit (12)
Ubahsuai Pejabat (53)
Ubahsuai Rumah (81)
Usahawan Tani (159)
Vending Machine (30)
Web Design Malaysia (96)
Web Hosting Malaysia (9)
Wiring Aircond Plumbing (65)
.