Ahad, 28 November 2010

Al Marhum Ustaz Ashaari Muhammad (Dalam Kenangan)

Kelmarin masa berjalan jalan disekitar KL teringat pula plan dua hari lepas,kalau sempat MELILAU di KL rasanya mahu singgah di satu kedai buku yang terletak di jalan Tunku Abd.Rahman,kalau saya tak silap nama kedai buku itu KEDAI BUKU MINERVA yang sememangnya satu2nya kedai buku yang menjadi tumpuan utama warga kota ini.Buku buku yang dijual memang berkualiti serta harganya yang berpatutan,berbalik pada perjalanan saya pada pagi itu untuk kedai buku berkenaan secara kebetulan terserempak kawan lama yang juga kawan seNEGERI dan seDAERAH berhampiran kompleks SOGO(di jalan tunku abd.rahman juga.rasanya kami sudah lama tidak bersua lebih kurang 16 tahun,sejak saya merantau kesemenanjung atas tujuan belajar dan seterusnya bekerja di semenanjung ini.Oleh sebab terlalu lama tidak berjumpa dengannya saya terpaksa membatalkan tujuan saya ke kedai buku itu dan mengajak kawan juga sahabat saya itu kesebuah restoran berdekatan untuk meraihkannya.

Sambil kami menunggu minuman dan makanan yang kami pesan dari pelayan restoran lalu kami memulakan perbualan dengan cerita masa silam kami ketika bersama sama terlibat dalam sebuah kumpulan dakwah yang ketika itu pergerakan dakwah ini amat popular diawal tahun 90'an dikalangan para pelajar sekolah menengah dan student universiti.Kawan saya ini sememamngnya seorang yang aktif dalam pergerakan dakwah,baik semasa sekolah (sebagai pengerusi persatuan agama islam),menyertai ABIM,aktif dalam gerakan dakwah TABLIGH,dan menyertai pergerakan dakwah AL-ARQAM.saya menyertai pergerakan al-arqam bersama kawan saya ini selepas tamat SPM walaupun sebelum itu semasa dialam persekolahan saya sudah mengikutinya secara sambilan dan suka suka,sebabnya penyertaan saya dalam pergerakan dakwah al-arqam ini mendapat tentangan hebat dari keluarga saya yang tidak mahu saya mengikuti jejak kawan saya ini.Dipendekkan cerita....saya terjebak dengan pergerakan dakwah al-arqam ini apabila kawan saya ini sering mengajak saya setiap kali jika ada majlis2 kuliah,ceramah,aktiviti2 dakwah yang dijalankan oleh alarqam ini saya pasti akan diajak dan dibawa oleh rakan saya ini untuk mengikuti dan menyertainya.Sehinggalah pada suatu hari beberapa anggota al-arqam ini datang kesekolah kami atas tujuan menjual barang barang keluaran mereka sendiri sambil berdakwah.Kawan saya ini sanggup membeli sebuah buku ceramah dari pengasas al-arqam itu dan dihadiakannya kepada saya,"agar iman saya lebih mantap lagi," katanya kepada saya.Buku yang dimaksud ini adalah buku yang bertajuk IMAN DAN PERSOALAN dikarang dan diterbitakan oleh pertubuhan ini melalui ceramah ceramah pengasas al-arqam yang bernama Ustaz Ashaari muhammad pada awal tahun 1984.Buku ini memang laris dipasaran sehinggakan dijual sebanyak 500,000 naskah.Saya telah dan boleh dikatakan khatam dengan buku ini,kerana saya banyak kali mengulangi pembacaan buku ini tanpa rasa bosan.



PART 2


PART 3


PART 4


Apa pun saya memberi tahu pada kawan saya ini,saya telah lebih lama meninggalkan pergerakan dakwah al-arqam sebelum ianya diharamkan.atas sebab hilang keyakinan pada pergerakan dakwahnya yang semakin lama jauh menyimpang,perasaan taksub dan mendewa dewakan ustaz ashaari yang melampau dikalangan pengikutnya sehinggakan dikatakan ustaz ashaari itu adalah bakal imam mahdi di akhir zaman.gelaran ustaz ashaari pun semakin lama semakin ditambah tambah yang menunjukkan yang beliau itu adalah keturunan BANI TAMIM iaitu suatu keturunan yang bakal melahirkan IMAM MAHDI.

PART 5


Saya memberitahu kawan saya ini saya terpaksa menolaknya diatas sebab sebab pegangan dan keyakinan didalam al-arqam ketika itu keadaanya sudah jauh dari asas pegangan akidah al sunnah wal jamaah.Kawan lama saya ini juga memberitahu saya selepas beliau meninggalkan al-arqam beliau terus membawa dirinya kesemenanjung dan membuka lembaran kehidupan barunya.Alhamdulillah.....selepas kami selesai makan direstoran dia mengingatkan saya tentang solat agar jangan sama sekali saya tinggalkannya,dan beberapa pesan dan ingatan tentang kehidupan yang sedikit ini jika tiada amal dan takwa yang dibawa kehadapan allah kelak.....sebelum kami berpisah kami bersalaman dan berpelukan,air matanya dan air mata saya bergenang...atas sebab itulah saya mengikutinya kerana nasihat dan peringatannya sepertimana buku yang dihadiakannya kepada saya beberapa dekad yang lalu,IMAN DAN PERSOALAN.

PART 6



#sebagai mengenang kawan saya ini,saya paparkan ceramah al marhum al ustaz ashaari muhammad(meninggal dunia 13/05/10) yang bertajuk IMAN DAN PERSOALAN,yang telah diadaptasikan kedalam buku ceramah almarhum pada April.1984.

Zaid AtTawawi(tawau la bah tu.....)
28/11/10
tmn.melawati,
ulu klang,selangor.

Ahad, 21 November 2010

NUFFNANG (BLOG DAN PRODUK ANDA AKAN DILIHAT OLEH 3 JUTA PENGUNJUNG DALAM 100,000 BLOG SETIAP HARI)

PENGIKLANAN,BLOG,PRODUK,TEMPAHAN,BELIAN DAN APA SAHAJA,YANG PASTI IKLAN,BLOG DAN PRODUK ANDA AKAN DILIHAT OLEH 3 JUTA PENGUNJUNG DALAM 100,000 BLOG SETIAP HARI.APA TUNGGU LAGI SERTAILAH NUFFNANG.






Lihatlah bagaimana blog anda boleh menjana pendapatan secara sambilan oleh salah seorang blogger yang menyertai Nuffnang,bacalah blog beliau:

 http://puadede.com/v1/puadede-dan-duit-nuffnang/