Jumaat, 27 Ogos 2010

Times Square Di Tawau.......

 
Teringat2 pula aku masa ku pulang tawau pada bulan januari lepas,terbayang2 wajah bangunan yang bakal dibina berhampiran persisiran pantai tawau(di water front) yang rasa2nya ini adalah projek mega yang ada ditawau.secara kebetulan masa menumpang kereta anak sepupu lalu dihadapan papan tanda projek bangunan tu saya terpandang,
      
saya minta anak sepupu saya tu singgah sekejap untuk melihat plan projek yg terpampang di tepi jalan.Pada mulanya hairan juga,di manalah kununnya bangunan time square tawau ni mahu di bina,papan projek dipacak di tebing pantai dan info untuk lokasi tidak berapa jelas dimana tapak sebenarnya ia akan dibina.Anak sepupu saya tiba2 menyampuk memberitahu bangunan tu akan di bina diluar pesisr pantai tawau ini....sambil menunjuk arah laut.
  
Jadi maksudnya lokasi binaannya dikawasan (laut) berhampiran persisiran tebing pantai tawau ini dimana plan papan projek ini di pacak.Lebih faham lagi lokasi binaannya akan ditambak dengan tanah yang akan diangkut kekawasan ini(laut).
 
Hmmmm....rasanya sesuai sangatlah tu kalau ada plan2 pembangunan seperti ini diwujudkan ditawau,sekurang2nya mengangkat sedikit wajah tawau tu bandar yang bakal memberikan sedikit kemajuan dan peluang2 lain untuk kebaikan masyarakat tawau,tapi yang ini saya tidak pasti samadanya terbina Times Square ditawau akan menjamin kemajuan dan peluang2 pekerjaan buat anak2 tawau....apa yang diharapkan jika terbinanya bangunan ini akan menjadi batu loncatan bagi tarikan orang luar atau pelancong asing untuk datang berkunjung ketawau untuk merasakan keindahan tawau,secara tidak langsung ekonomi dan pendapatan serta pasaran pekerjaan akan wujud sedikit demi sedikit ditawau.
 
Lihat saja Time Square di ibu kota Kuala Lumpur,dengan berdirinya menara time square di KL secara mendadak tempat dimana lokasinya beroperasi menjadi tumpuan utama warga kota,bahkan limpahan pekerjaan disitu menjadikannya tujuan warga kota mencari rezeki,yang lebih memberangsangkan kunjungan pelancong2 asing luar negara tidak putus2 datang berkunjung ke time square di KL terutamanya yang datang dari negara timur tengah(orang2 arab),kerana adanya bangunan mega seperti ini disekeliling dan sekitar bangunan menjadi kawasan tumpuan perniagaan dan menjadi lokasi segi tiga emas didalam bandaraya kuala lumpur.
Harapan ku moga2 tawau akan menjadi sebahagian tumpuan utama kemajuan dan menaikkan lagi imejnya berbanding bandar2 didaerah yang lain jika terbinanya bangunan time square menjadi kenyataan.

 

#Apa punlah kemajuan,demi anak2 tawau tercinta.
27/08/10
Kuala lumpur. 

 
Zaid Jamil 


# Foto2 times square Tawau diatas adalah dipetik dari www.etawau.com.


EBOOK BERNILAI TINGGI....DIJUAL DGN HARGA LELONG.


    (Belajar teknik rahsia Menjana RM100-500 setiap hari hanya di rumah & di depan komputer anda & lakukan lagi dan lagi dan lagi! Anda akan didedahkan maklumat ekslusif bagaimana membanjiri AKAUN BANK anda dengan WANG mudah,berkesan dan anda lakukannya sendiri setiap hari.Ebook ini laris dipasaran online,harga biasa (harga asal)adalah RM40....tapi saya lelongkan harganya dengan harga lelong RM5(lima ringgit sahaja).anda cepat...anda memilikinya,lambat......lihat gambar kulit ebook saja.jadi apa tunggu lagi dapatkannya sekarang,saya tidak tunggu lama untuk dapatkan ebook ini dengan harga asalnya RM40,dan anda juga tak perlu tunggu mendapatkannya dengan harga lelong ini.......atau mungkin anda ingin tunggu harga ebook ini saya tawarkan semula pada harga asalnya?...........? Jika berminat,hantarkan pesanan anda di emel saya : bizzmarket@ymail.com   pesanan anda akan diurus dalam masa tidak sampai 10 minit selepas pengesahan bayaran.