Sabtu, 10 November 2012

BANDAR TAWAU THE KING OF BULAT-BULAT

  Salam sejahtera dan salam sayang kepada para pembaca blog saya ini,saya sentiasa mendoakan anda semoga anda sentiasa dalam perlindungan Allah...dikasihi dan dirahmatinya selalu dimana jua anda berada.
 Apa pun saya ingin mohon maaf diatas kelemahan dan serba serbi kekurangan ruangan blog ini kerana sekian lama saya meninggalkannya diatas faktor keadaan yang tidak selalunya menyebelahi saya.Faktor utama saya itu biasalah dengan keadaan yang tidak mengizinkan untuk saya sentiasa berada dalam situasi terluang,kesibukan dengan hal hal lain terutamanya yang bersangkutan dengan hal terikat dengan kesibukan kerja,hal peribadi dan hal hal outstation yang kadangkala memerlukan saya terpaksa keluar dari tugas biasa.
  Pada ruangan kali ini saya ingin memulakan dengan cerita serta pengalaman saya untuk dikongsikan kepada anda mengenai beberapa peristiwa yang baru diketahui dan dirasakan baru baru ini sahaja(bulan november),walaupun perkara ini sudah lama berada disekitar kita bahkan sebelum saya dilahirkan didunia ini.Apa yang saya ingin  tanya pada anda adakah anda perasan atau terkesan sesuatu atau anda memang terperasan bila terserempak sesuatu yang memang setia berada dimana mana jika anda berjalan didalam bandar Tawau?jika anda anak tempatan daerah tawau dan memang dilahirkan didaerah tawau atau anda memang dilahirkan didalam bandar tawau,anda pasti akan bersua dan terserempak benda ini setiap hari.Atau jika anda datang dari luar bandar tawau serperti dari mana mana kampung disekitar bandar tawau dan anda gatal kaki untuk datang kebandar tawau,anda juga akan diserga dengan benda ini apabila anda mula memasuki pintu masuk kebandar tawau.
  Saya malaslah mahu pening peningkan kepala anda dengan persoalan seperti diatas,dibimbangi nanti anda diselubungi sindrom mengelilingi satu tawau untuk mendapatkan jawapan tentang BENDA yang saya maksudkan itu.Untuk dipendekkan ceritanya cuba anda lihat gambar dibawah ini,apa yang anda tahu dan kenal dengan BENDA ini?adakah ini kuih lempeng?ada satu dua bentuk tapi dia adalah benda yang sama juga,cuba lihat betul betul.....apakah dia yang selama ini yang menyebabkan saya sentiasa terSEREMPAK,diSERGA dan ter AWW! dengan benda ini.


  
  BINGGO....! sudah tentu anda sudah dapat menangkap apa yang saya maksudkan dengan BENDA diatas.Memang selama ini walaupun saya adalah anak tempatan didaerah tawau dan sering kebandar ini saya tidak pernah mengambil tahu dan ambil peduli BENDA ini,mungkin dulu semasa sentiasa berada didaerah ini belum pernah keluar berjalan jauh dari daerah tawau maka BENDA ini sudah jadi pemandangan biasa.Pada saya masa itu merasakan BENDA ini mungkin ada juga dimana mana daerah dan dibandar bandar diluar tawau atau juga dimana mana negeri dalam malaysia ini,mungkin itu yang saya fikirkan pada masa dulu.Tapi apabila saya keluar dari daerah tawau pergi kesemenanjung untuk melanjutkan pelajaran  dan seterusnya bekerja disana selama hampir 18 tahun,barulah terperasan akan BENDA ini.Disemenanjung terutamanya dibandar bandar besar setiap negeri amat sukar sebenarnya terserempak dengan BENDA ini,kalau ada pun ianya terletak ditengah tengah pusat bandar dan bersaiz besar,tujuannya untuk memudahkan pemandu masuk dan keluar kejalan jalan utama yang lain.Tetapi ditawau BENDA ini banyak berselerak dijalan jalan utama,dijalan empat simpang,tiga simpang,dijalan lorong simpang kecil,dijalan ketaman perumahan,dijalan masuk utama dan keluar kebandar,dilorong belakang blok bangunan perniagaan serta ada jaraknya dari BENDA ini tidak sampai 300 meter anda akan menjumpai lagi BENDA ini untuk memudahkan anda melencong dengan sesuka hatinya.....mahu belok kekanan,kekiri,berpusing pusing atau pusing U semuanya tiada masalah semuanya beres,sambil memegang pulut panggang dan sebelah lagi memegang stereng dan ketawa ketawa kerana boleh berpusing,membelok dan pusing-U dengan mudahnya....janji ini jalan macam ana yang punya,begitulah unik dan sadisnya BENDA ini diatas jalan bandar tawau hi hi hi.
  Oh ya lupa pula mahu memberitahu akan benda ini,inilah jalan BULATAN yang ada banyak dibandar tawau,mungkin terlalu lama dan sudah biasa dengan keadaan jalan jalan diluar dari daerah ini jadi asalkan saja saya pulang kekampung untuk bercuti kekampung (anak jati kampung merotai ni kawan2 oooii...)saya pasti akan rasa kekok dan terjanggal sedikit dan sering terperasan dengan jalan bulatan ini dibandar tawau.Apa yang melucukan saya setiap kali menaiki bas untuk kebandar tawau didalam kepala saya sudah ELERT dengan jalan bulatan ini apabila bas mula masuk kebandar tawau.
  Inilah sebenarnya keunikan  yang ada ditawau yang orang tawau sendiri sebahagiannya tidak mengetahui akan keunikan utama tawau ini.Saya banyak bertanya pada orang orang tertentu ditawau,baik yang datang dari sekitar tawau atau yang dilahirkan didalam bandar itu sendiri tentang keunikan ada ditawau,ramai dan rata rata yang memberitahu saya KEROPOK AMPLANG yang unik ditawau.Ada juga yang kata NASI KUNING,GOGOS(pulut panggang),BAHASA TAWAU,SUKU KAUM DITAWAU dan banyak lagilah sampaikan fenomena aksi kejar mengejar antara penguatkuasa MPT dengan penjajah haram berhampiran terminal bas tawau(dekat sekitar bangunan MARA) pun dikatakan salah satu termasuk keunikan yang ada ditawau sekarang (macam2 sak cerita orang tawau ni bah... :-P).Apa yang saya cuba kongsikan pada anda(terutamanya pada orang tawau)inilah keunikan sebenarnya yang ada pada tawau malah inilah juga imej yang ada pada daerah khususnya bandar tawau yang masyarakat tawau tidak menyedarinya sekian lama.Saya cuba mengingat dan membandingkan dengan daerah daerah lain yang ada disabah ataupun disemua negeri yang ada disemenanjung,memang pasti anda tidak akan jumpa jalan bulatan ditempat mereka sebanyak yang ada dibandar tawau,bukan jumlahnya saja yang banyak itu tiada ditempat lain bahkan kedudukannya yang unik ada dimerata tempat,saiz dan bentuknya bermacam macam bentuk,bagi pemandu yang sukakan kebebasan membelok,bertawaf(berpusing pusing),masuk kekanan dan kekiri sesuka hati malahan membuat pusingan U pun tiada masalah.Tapi hanya anda diberikan sedikit amaran perbuatan diatas hanya boleh dilakukan pada masa buka sibuk seperti waktu orang mahu masuk kerja atau masa puncak orang tawau mahu pulang rumah dari habis bekerja.
 Dibawah ini saya paparkan serba sedikit gambar yang sempat saya rakamkan untuk tatapan anda.Gambar ini saya rakamkan setiap kali saya terserempak dan ter..AWW! dalam masa perjalan saya disekitar tawau atas urusan lain. 
Bulatan jalan Pesisiran(berhampiran tepi laut)

Bulatan jalan Dunlop(berhampiran pasar tanjung)
Bulatan jalan mahkamah
   
Bulatan jalan Sabindo(berhampiran plaza Sabindo)


Bulatan jalan Perbandaran



Bulatan off jalan mahkamah(brhampiran KingPark Hotel)



Bulatan off jalan Mahkamah(brhampiran pasar raya The Stor)


Bulatan off jalan Stephen Tan (brhampiran pasar raya Parkwel)
Bulatan jalan Chester-1

Bulatan jalan chester-2
 

Bulatan jalan tengah dalam kawasan bandar lama Sabindo
Bulatan off jalan chester(berhampiran KFC)
Bulatan mini lorong belakang blok bangunan perniagaan dari jalan bulatan jalan chester
Bulatan Kg.Titingan(brhampiran masjid AlKauthar-ini kira bapak segala bulatan dlm tawau)
Papan Tanda kedudukan Bulatan Kg.Titingan
   ......Dan banyak lagi jalan bulatan yang berselerak didalam bandar tawau ini yang tidak dapat  dipaparkan disini yang sememangnya terlalu banyak.Berikut disini juga saya ada catitkan sedikit senarai kedudukan jalan bulatan yang dapat saya kesan sepanjang sehari suntuk MERAYAU dan meninjau BENDA-BENDA yang menter-AWW! saya selama ini.Selamat berkunjung kepada anda yang datang dari luar daerah tawau.Jangan lupa bila anda berkunjung ke bandar tawau sediakan minyak angin kerana dibandar tawau banyak BENDA BULAT-BULAT diatas jalan,bimbang nanti anda terkena kepala berpusing dan ini menyebabkan pening kepala TAPIOKA. #Arios Amigos hi hi hi....
  1. Bulatan Utama jalan Utara Baru(berhampiran airport lama-emak segala bulatan).
  2. Bulatan jalan Utara(berhampiran selepas sekola agama Islamia).
  3. Bulatan jalan Dominic (ada 2 bulatan dalam jarak 200 meter antara kedua2 bulatan).
  4. Bulatan jalan Komleks Sukan Tawau(stadium tawau).
  5. Bulatan jalan Kuhara.  
#Dan banyak lagi segala bulatan yang ada dijalan bandar tawau.  


Zaid AtTawawi