Isnin, 14 Januari 2013

MAKCIKKU...ALFATIHAH UNTUKMU



SINOPSIS :
 
" ALLAHUMMAGHFIR LAHA,WAR HAMHA,WA 'AFI HI WA'FU 'ANHA (3 KALI)...ALFATIHAH."

   Do'a inilah yang terkeluar dari mulut saya apabila sejurus saya tersedar dari tidur dan terus bingkas bangun,kali ini sudah masuk tiga kali saya bermimpikan arwah.Tapi almarhum bukanlah sering datang didalam mimpi tiap kali saya tidur.Arwah pernah hadir didalam mimpi saya pada akhir bulan november tahun lepas,kali kedua hadir lagi pada pertengahan bulan tahun lepas(15hb/12/12)dan terbaru pada awal bulan dan tahun ini(07hb/01/13)....termenung seketika memikir dan mengingatkan wajah arwah didalam mimpi...memandang saya seakan akan ada sesuatu agar saya dapat memahami dan menangkap hajat yang mahu diluahkan oleh arwah kepada saya....tapi,bila wajah arwah muncul didalam mimpi saya yang kedua kali dengan wajah sayu seakan akan dalam kesedihan didalam mimpi itu saya cuba menyentuh wajah arwah,tiba tiba sahaja arwah mengundur kebelakang sedikit seolah olah ada sesuatu dibelakang arwah menariknya kebelakang agar tangan yang saya hulurkan kewajah arwah itu tidak tercapai.Saya cuba memikirkannya beberapa kali apakah mesej yang ingin diberitahukannya kepada saya,kerana aneh juga...setiap kali arwah muncul didalam mimpi tiada satu pun kata kata yang keluar dari mulutnya,melainkan renungannya yang membuatkan saya selalu tertanya tanya kerana seperti ada sesuatu pesanan dan keperluan yang mahu saya berikan apa yang dimahukan oleh arwah....tapi arwah tetap berdiam diri.Setelah banyak berfikir tentang arwah didalam mimpi,pada 11hb/01/13(khamis) saya mengambil keputusan untuk menyertai majlis bacaan yasin dan do'a arwah beserta serba sedikit sumbangan sedekah dengan diniatkan diatas nama arwah,pada malam jumaat itu saya laksanakan kesemuanya selepas nama arwah saya senaraikan dalam daftar nama para arwah yang akan dido'kan oleh imam masjid(masjid kg.baru,KL)selepas majlis bacaan yasin.Selepas majlis selesai dan apa yang diniatkan buat arwah telah saya tunaikan dengan perasaan tawakkal..................

   Buat makluman para pembaca,ARWAH yang saya maksudkan diatas adalah makcik saya iaitu kakak kepada ibu saya.arwah telah meninggal dunia beberapa tahun yang lepas(saya tidak ingat tahun bila arwah meninggal dunia dan pada masa arwah meninggal pun saya berada di kuala lumpur).Ketika saya cuba mengingati semasa arwah masih hidup memang meruntun jiwa saya dibuatnya,lebih lebih lagi bila ingatan saya mengimbau kembali sikap kasih sayang arwah terhadap saya secara curi curi dari pandangan ibu saya.Paling saya tidak dapat lupakan setiap kali selesai solat berjemaah bersama suami dan anak anak arwah,arwah mengusap usap kepala saya dan kadang kadang mencium dahi saya(pada masa itu saya dengan adik saya sering datang kerumah arwah untuk menonton tv,setiap kali bila arwah bersama suami dan anak anaknya hendak solat isyatv dipadamkan sementara mereka selesai solat.saya dan adik saya setiap kali itulah duduk menunggu dibelakang mereka solat,arwah disaf paling belakang dan dibelakang arwahlah saya sering duduk dengan adik saya menunggu sehingga mereka selesai solat.apabila arwah selesai solat dan mendapati saya ada dibelakang arwah,arwah mengusap kepala saya dan mencium dahi saya.masa itu saya rasanya berumur dalam 10 tahun lebih kurang.Saya sentiasa mengingati hal ini sampai bila bila.).Kali terakhir saya berjumpa dengan arwah ketika anak lelakinya(adik sepupu saya bernama SABRAN) tidak silap saya masa itu tahun 2004,arwah dibawa oleh anaknya ketempat saya bekerja di bangunan SPK jalan sultan ismail.Sebelum sampai ketempat saya bekerja itupun saya sudah dimaklumkan terlebih dahulu oleh adik sepupu saya itu.Ketika arwah bertemu dengan saya,saya sedikit terkejut bila melihat keadaan bentuk dan saiz fizikal arwah.Saya terus pegang dan cium tangan serta kedua dua pipi arwah,arwah pula mencium dahi saya sambil berkata kepada saya (dalam bahasa sabah dialek daerah tawau) " ANDUK BAH ANAKKU SAYANGKU....MANA JAK KAU MING LAMA BETUL NDAK DIJUMPA,RINDU JUGAK BAH AKU SAMA KAU MING, AAAA...TEKAWIN SUDAH SI TIMAH NDAK JUGA KAU DATANG BAH NAK....ANDUUK,NDAK KAU RINDU SAMA KAMI NI MING?" menitis air mata saya ketika itu bila mendengar arwah berkata begitu.Pertemuan saya bersama saya pada masa itu memang meninggalkan kesan yang mendalam kepada saya.sebabnya itulah pertemuan yang kali terakhir buat saya bersama arwah....dan yang amat menyedihkan saya arwah terlalu kurus saya lihat berbanding yang saya lihat sebelum itu.Arwah semasa sihatnya mempunyai saiz badan seperti gambar arwah diatas.Saya rasa sedikit terkilan kerana pada hari raya haji tahun yang lepas(2012) saya gagal menziarahi pusara arwah ketika menziarahi pusara ayah saya,gagal bukan kerana tidak sampai dikawasan perkuburan tapi gagal mengesan kubur arwah didalam kawasan tanah perkuburan itu.Puas saya mencari dari satu kubur kesatu kubur yang lain dan hampir sejam ditanah perkuburan itu tapi gagal menjumpai kubur arwah,kubur sanak saudara yang lain saya jumpa tapi kubur arwah tidak dapat dikesan oleh saya.Walaupun begitu saya tetap mendo'akan dan menyedekahkan alfatihah buat arwah ketika itu.

  ...............Selepas saya membaca do'a seperti diatas tadi berulang ulang kali,barulah saya rasa lapang didalam dada seluas luasnya....tidak ada lagi badan saya berpeluh setiap kali saya terjaga bila mimpikan arwah,kali ini saya tersenyum sambil air mata gembira saya mengalir.Akhirnya saya dapat juga memahami dan memenuhi apa yang saya sangkakan bahawa apa yang dihajatkan dan diperlukan oleh arwah melalui renungan sayunya didalam mimpi saya selama ini.malam tadi arwah hadir lagi didalam mimpi saya(14hb/01/13) kali ini dengan wajah yang jauh berbeza dari mimpi mimpi yang lepas,kali ini wajah arwah nampak berseri dan seakan akan ada cahaya yang terpancar dari wajahnya....bibirnya pun terukir senyuman manis lebih manis dari senyuman didalam gambar arwah diatas.Tapi apa yang anehnya arwah tetap tidak berkata apa apa,melainkan renungan tajam dan senyuman manis dengan wajah yang berseri.Sekali lagi didalam mimpi itu saya cuba menghulurkan tangan kewajah arwah,tapi tiba tiba arwah mengundur kebelakang dengan sepantas juga arwah hilang dari pandangan.Mungkin itulah do'a yang telah termakbul dan sampainya pahala sedekah buat arwah.
MAKCIKKU....SEMOGA DIRIMU TENANG SELAMANYA DISANA. ALFATIHAH.

Zaid AtTawawi 2013