Jumaat, 4 September 2009

KEBAKARAN KG.AIR DI SEMBULAN (TERUK PUNYA KES....KAH KAH KAH!)

Cerita ini sebenarnya pernah berlaku di kg.air Sembulan di Kota Kinabalu,samada benar atau tidak,tak dapatlah dipastikan kebenarannya...pelik tapi benar....tapi dikatakan benar2 berlaku pada pihak saksi kejadian,dan tidak pasti pada pihak yg tak nampak itu kejadian...dah tu di tokok tambah lagi cerita bagi menyedapkan para pendengar......he he he.Satu kejadian kebakaran besar berlaku di kampung Air tersebut(kira tempat nie kg setingganlah....)yg memusnakan banyak harta benda,punca kebakaran tidak dapat dipastikan walaupun pihak pakar bomba yg menyiasat menemui beberapa fakta yg kununnya punca kebakaran itu berlaku.

sedang sibuk pihak penyiasat kejadian mencari punca kejadian tersebut,berlakulah satu perkara yg tidak disangka2 dimana kununnya pihak penyiasat menjumpai punca kebakaran itu dari seorang penduduk asal kampung yg terbakar itu,ceritanya begini..........seorang pegawai bomba sedang berbincang bersama pegawai2nya termasuklah seorang pegawai polis di kawasan kejadian tersebut yg baru saja berjaya memadamkan api walaupun yg dikatakan berjaya itu sudah tinggal tunggul,semasa para2 pegawai itu sibuk berbincang datang seorang lelaki yg tidak dikenali menghampiri perbincangan itu.pegawai bomba yg ada disitu mengajukan pertanyaan kepada pegawai tertinggi mereka
"sekarang kita masih belum dapat cari punca kejadian ini.....siapa yg BAKAR..!"
tanya seorang pegawai bomba berkenaan,tiba2 suatu suara dengan lantang menjawap pertnyaan tersebut,
"Saya....Saya...Saya tuan!"
jawap seorang lelaki yg tidak dikenali itu dengan wajah selambah sambil menunjukkan dirinya dengan bangga,
"Ooooooo....awak yang bakar?"
tanya pegawai bomba serius.
"Ya..ya..ya tuan,saya..sayalah bakar...!"
sambil menunjukkan dirinya agar pegawai berkenaan percaya dialah yg bakar seluruh rumah di kg.air itu.
"awak bakar? kenapa kamu bakar?apa salah orang kg dengan kamu?cuba kamu bagi tahu...kenapa kamu bakar? atau mungkin ada orang yg SURUH kamu bakar...kalau betul kami tangkap kamu tau."
pegawai itu mula mendekati orang yang tidak dikenali itu.
"Memang yg BAKAR tu saya tuan,betul tuan...saya bakar,yang SURUH tu bapak saya...bukan orang lain tuan...betul tuan percayalah."
sambil menggaru2 kepalanya yg tak gatal,para pegawai yg ada tersenyum2 melihat pengakuan bodoh itu.....bodonya mengapalah kau mengaku engkau yg bakar.
"jadi betul kamulah yg BAKAR.....dan yg SURUH kamu adalah bapak kamu?kami terpaksa tangkap kamu atas pengakuan dan kesalahan kamu paham!.....dimana bapak kamu sekarang haa!"
bukan main lagi pegawai bomba itu marah,sampai merah padam mukanya....nasib baik tu tak jadi hijau.
"aiiik!.....memang saya BAKAR,dan yg SURUH tu bapak saya,buat apa saya mau tipu....."
lelaki itu mula kehairanan."waaaa...menjawap pulak kau ya!.....o.k tangkap dia sekarang...!"
pegawai itu mengeluarkan perintahnya kepada orang2nya.
"kenapa tuan tangkap saya,saya tak salah.......tolong jangan tangkap saya....!"
serta merta tangannya digari oleh salahseorang pegawai polis yg berada disitu,dia tak boleh berbuat apa2 lagi...kerana kedua2 tangannya sudah pun digari.........seterusnya dia dibawa ke balai polis berhampiran.sesampainya di balai polis,dia meronta2 minta dilepaskan....
"tolonglah tuan ,saya tak salah.....kenapa tangkap saya,lepaskan saya waaaa...waa!"
mula menangis macam budak2.
"aaiik! tadi kamu mengaku kamu yg BAKAR!...dan bapa kamu yg SURUH! apa cerita kamu ini aaaaa...apa cerita? nanti SIA tampiling baru ko TAUK!"
polis dibalai berkenaan mula naik angin.
"Betul tuan saya NDAK tipu bah.....MIMANG sayalah BAKAR, bapak saya yg SURUH tu....tolong tuan lepaskan saya tuan."
lelaki tersebut tak henti2 mohon simpati,tapi tidak dipedulikan oleh polis berkenaan.
"oh ya....sebelum kami terlupa,bagi kad pengenalan awak.....dari tadi kena tahan nama awak pun kami tak tahu lagi haaaa bagi cepat!"
polis berkenaan meninggikan suaranya.
"saya sudah KASI tahu bah,tapi tuan lagi tangkap saya.....ishk ishk ishk."
teresak2 dia menangis.
"Bila masa pulak kau bagi tahu?"
tanya polis berkenaan.
"Tadi saya sudah bagi tau.........tapi tuan tangkap sayaaaaa aaaa!"
jerit lelaki berkenaan."Ah! banyak cakap pulak kau ni bah......kasi I/C kau SAPAT!"
polis berkenaan mula membentak.cepat2 si lelaki berkenaan menghulurkan I/C nya,Tiba2 polis berkenaan mengarahkan pada anggotanya agar lelaki yg tidak dikenali itu di bebaskan......tindakan yg mengejutkan semua polis yg berada dibalai itu.kedua2 tangan yg di gari itu di buka dan dibebaskan.bila lelaki itu keluar dari balai dan terus meninggalkan balai berkenaan....dengan perasaam marah ya amat!
"kenapa tuan bebaskan suspek tu?dah terang2 dia mengaku dia yang bakar dan bapak dia yang suruh."
tanya anggota polis yg lain.
"MAU KUNUN kamu tahu kenapa saya lepaskan dia,CUBAK bah kamu TENGOK I/C copy dia nie."
sambil menghulurkan sekeping kertas kepada anggotanya.........mereka melihatnya........tak lama kemudian,para anggota semuanya tergelak2 besar selepas melihat copy I/C lelaki tersebut.bila dibaca pada nama lelaki tersebut ianya berbunyi : BAKAR bin SURUH........patulah pun dia mengaku,nama dia rupanya,wajah pegawai polis yg menahan lelaki berkenaan hampir2 bertukar menjadi HIJAU.Itulah nasib....NAMA orang2 di SABAH...........Bah sekianlah kunun SERITAKnya kah kah kah kih kih kih (1.9 juta kali).24/07/07.

Tiada ulasan: